Minal Aidin Wal Faizin

by Reedz on October 2, 2008

shrbig

Ramadhan kini sudahpun berlalu.
Tiga puluh hari telahpun dihitung
Terasa diri sangat beruntung
Dipinjami umur Tuhan yang agung

Syawal yang mulia menjelang tiba
Membuat hatiku rawan dan hiba
Semoga amalan kita beroleh laba
Pengabdian suci seorang hamba

Diambang syawal doa dirafa’kan
Selamat ‘Eidul Fitri ikhlas diucapkan
Semoga kita dapat dipertemukan
Di ramadhan mendatang mesra dihubungkan

Selamat menyambut bulan kemenangan
Semoga sejahtera minda dan badan
Serta mendapat ganjaran sepadan
Amalan yang baik jadikan tauladan.

SELAMAT MENYAMBUT SYAWAL AL-MUBARAK!!
Dipohon kemaafan lahir dan batin

[audio:RRSHR.mp3]

CL October 2, 2008 at 3:53 pm

Selamat Raya AB, da missus and family 🙂

AB October 3, 2008 at 12:11 pm

Tks CL! When do we meet the new baby LX3? hee hee!

CL October 3, 2008 at 7:28 pm

haha I just read… and well, you met sudah!! But oh noooo we didn’t introduce Brigitte to Isaac :p *lol*

Previous post:

Next post: